[BERITA TEMPATAN] Gambar tular harimau lintas jalan di Meru palsu

Post Reply
User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 1860
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Offline
Malaysia

[BERITA TEMPATAN] Gambar tular harimau lintas jalan di Meru palsu

#1

Post by B0N3 » Wed Mar 21, 2018 10:31 am

Image
GAMBAR seekor harimau sedang melintas jalan di Meru, Ipoh yang tular dalam media sosial. – GAMBAR MEDIA SOSIAL



IPOH 20 Mac – Gambar seekor harimau sedang melintas jalan di Meru di sini bukan sahaja palsu, malah merupakan gambar sama yang tular dalam media sosial baru-baru ini, kononnya dirakam di Jalan Lepar, Gambang, Pahang.

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, gambar tersebut sebenarnya dirakamkan di India

“Gambar tersebut ialah di India dan tidak benar di Ipoh seperti yang ditularkan.

“Kita minta orang ramai agar mendapatkan kesahihan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara dengan menghubungi talian 1-800-88-5151 untuk maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, akhbar melaporkan, penduduk di sekitar Lepar gusar apabila seekor harimau dikatakan dikesan berkeliaran di kawasan itu dan gambar haiwan itu kemudiannya tular dalam media sosial.

Walau bagaimanapun, Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed dalam kenyataannya menafikan perkara itu dan memaklumkan bahawa gambar tersebut dirakam di India dan diambil menerusi internet sebelum disebarkan.









sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasiona ... z5ALXLEDCg







.



Forexmart