[BERITA TEMPATAN] Tular pesakit pengsan disyaki bawa virus berbahaya di Sibu bukan Ebola - Dr. Jamilah

Post Reply
User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 2280
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Offline
Malaysia

[BERITA TEMPATAN] Tular pesakit pengsan disyaki bawa virus berbahaya di Sibu bukan Ebola - Dr. Jamilah

#1

Post by B0N3 » Mon May 28, 2018 11:48 pm

Image
Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Jamilah Hashim. - UTUSAN ONLINE









KUCHING 28 Mei - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menjelaskan bahawa seorang lelaki berbangsa Iban didapati pengsan disyaki akibat virus berbahaya di sebuah pasaraya di Sibu pada pukul 3.30 petang semalam yang tular di media sosial bukannya disebabkan virus Ebola

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Jamilah Hashim berkata, lelaki tersebut berasal dari Kapit merupakan pekerja yang balik bercuti dari Republik Demokratik Congo, Afrika pada 29 April lalu yang mana kawasan tempat kerjanya adalah bukan dari kawasan wabak Ebola

Katanya, laporan awal yang diterima daripada Hospital Sibu bahawa pesakit masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberi bantuan alat pernafasan

"Tanda gejala klinikalnya yang bukan menyerupai gejala Ebola dan tempoh mulanya melepasi tempoh pengeraman penyakit itu mengukuhkan lagi ia bukan disebabkan virus berkenaan

"Buat masa sekarang, pesakit itudirawat sebagai jangkitan virus selain Ebola bagaimanapun, pihak Hospital Sibu masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan punca kejadian," katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi

Tambah Jamilah, pihaknya juga telah mengarahkan Hospital Sibu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu untuk mempertingkatkan tahap berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kes berkenaan

"Dalam masa yang sama, JKNS menasihatkan orang ramai yang pulang bercuti terutama dari negara-negara termasuk Afrika, sekiranya sakit diminta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di hospital atau klinik berdekatan dengan kadar segera," jelasnya











sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz5GmyWv34p







.



Forexmart