[ BERITA TEMPATAN ] Perhimpunan Volkswagen klasik di Jason Bay - orang ramai dijemput hadir

Post Reply
User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 2280
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Offline
Malaysia

[ BERITA TEMPATAN ] Perhimpunan Volkswagen klasik di Jason Bay - orang ramai dijemput hadir

#1

Post by B0N3 » Wed Aug 01, 2018 2:58 pm

Image
ADUN Sedili, Rasman Ithnain. - UTUSAN ONLINE









JOHOR BAHRU 1 Ogos - Orang ramai dijemput memeriahkan program yang menghimpunkan kereta klasik Volkswagen Beetle dan Kombi dengan penyertaan lebih 300 pemilik di pantai Jason Bay, Sedili, Kota Tinggi selama tiga hari bermula 3 Ogos ini.

Program ‘Johor VW Swap Meet Camp 2018’ yang pertama seumpamanya diadakan di negara ini bakal menghimpunkan pemilik kereta klasik tersebut termasuk dari Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Acara santai yang berkonsepkan perkhemahan itu merupakan anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili dan Kelab Johor VW Classickers Johor Bahru dan Kota Tinggi dengan kerjasama Tourism Johor, Kejora, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Belia Felda Malaysia dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi.

ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program yang turut disertai kira-kira 30 kelab Volkswagen dari seluruh negara itu.

Katanya, turut dijalankan acara ‘car boot sale’ yang menjual barangan berkaitan kereta Volkswagen oleh pemilik kereta.

“Menerusi program itu juga, kita cuba mengetengahkan budaya orang Johor amnya dan Kota Tinggi khasnya kepada mereka antara lain menerusi persembahan tarian zapin dan rewang ambeng bersama komuniti Sedili, iaitu peserta bersama-sama penduduk menyediakan makanan nasi ambeng dan makan bersama-sama dalam dulang,” katanya.

Rasman berkata, selain itu, turut dianjurkan pertunjukan Vespa Gerak Lambat, sukaneka dan pertandingan mewarna serta ‘Best Swap Meet Camp’. - UTUSAN ONLINE.








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasiona ... z5MuHii3We




.



Forexmart