[ BERITA SEMASA ] Pasangan yang disyaki 'khalwat' dimandikan air longkang di Acheh

Post Reply
User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 2528
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Online
Malaysia

[ BERITA SEMASA ] Pasangan yang disyaki 'khalwat' dimandikan air longkang di Acheh

#1

Post by B0N3 » Wed Aug 01, 2018 3:02 pm

http://www.youtube.com/watch?v=t7DyAS0K1V4

Image
Suami isteri yang dituduh berkhalwat, disiram dengan air longkang oleh penduduk kampung yang tidak percaya dengan sijil nikah yang ditunjukkan pasangan itu






PENDUDUK di Langsa, Aceh, bertindak memandikan satu pasangan dengan air longkang selepas mengesyaki mereka berkhalwat.

Rakaman video pasangan berkenaan dimandikan dengan air longkang berwarna hitam pekat, tular di media sosial Indonesia dan menurut keterangan bersama rakaman itu, kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lalu.

“Mandi junub ya. Mandi junub,” jerit seorang lelaki dalam rakaman berkenaan dengan orang ramai yang mengelilingi mereka bersorak.

Menurut laporan media Indonesia, lelaki berkenaan dikenali sebagai TSF adalah Pengarah Lembaga Pembangunan Wilayah Aceh manakala pasangan wanitanya dikenali sebagai DK, 30, seorang janda, adalah kakitangan di pejabatnya.

Dalam rakaman itu, TSF dan DK duduk berlutut di tepi longkang dan disiram dengan air longkang berulang kali.

Media tempatan melaporkan Ketua Jabatan Syariah tempatan, Ibrahim Latif berkata, pasangan itu disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Menurut penduduk, TSF sering ke rumah wanita itu dan mungkin selepas sekian lama mengintip, penduduk menjadi berang dengan perbuatan sumbang mereka.

“Apabila disoal selepas ditangkap, pasangan itu gagal memberi jawapan memuaskan,” katanya.

Menurutnya, TSF berusaha meredakan kemarahan penduduk kampung dengan menunjukkan sijil membuktikan dia dan DK berkahwin secara sulit namun penduduk meragui kesahihan sijil itu.

Mereka tidak mempedulikan sijil berkenaan sebaliknya meneruskan hukuman memandikan pasangan itu dengan air longkang sebelum mereka dilepaskan.

Tribun News melaporkan, menurut Ibrahim, pegawainya tiba selepas pasangan itu sudah dilepaskan.

“Jika cepat tiba, mungkin boleh dihalang kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan sijil nikal pasangan itu.

Sementara itu, Antoni, iaitu ketua kampung Gampong Baro tempat TSF tinggal mengakui lelaki itu sudah berkahwin dengan DK sebagai isteri keduanya secara sulit.

“Mereka berkahwin sejak Februari 2018 di Binjai, Sumatera Utara,” katanya.

Aceh melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah, termasuk pasangan yang berzina dan mereka boleh disebat jika sijil berkenaan didapati palsu.








sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07 ... kang-video







.



Forexmart