[ BERITA TEMPATAN ] Suplemen 'beracun' di pasaran

Post Reply
User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 2420
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Offline
Malaysia

[ BERITA TEMPATAN ] Suplemen 'beracun' di pasaran

#1

Post by B0N3 » Thu Sep 13, 2018 8:20 pm

Image








KUALA LUMPUR: Puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang dihasilkan dan dijual di pasaran, tidak melalui ujian dan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Difahamkan, penghasilan produk suplemen memerlukan pelbagai sebatian kimia yang mungkin juga mencecah ratusan jenis, namun tidak diuji secara langsung oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kerana ia dianggap bahan semula jadi.

Meskipun ditakrif sebagai bahan kimia semula jadi, sebatian itu tidak semestinya selamat, malah mampu menjejaskan kesihatan pengguna apabila produk diambil oleh pengguna untuk jangka panjang. Sebagai contoh, salah satu sebatian kimia dalam produk suplemen adalah ‘fitoestrogen’, yang mempunyai sifat hormon wanita (estrogen).

Ia mungkin selamat jika diambil dalam kuantiti kecil, terkawal dan untuk jangka pendek, namun jika diambil bagi jangka panjang dan produk ada kuantiti ‘fitoestrogen’ tinggi, ia berpotensi memberi rangsangan berlebihan kepada organ peranakan pengguna wanita.

Akibatnya, boleh mendatangkan pelbagai masalah, termasuk kepada kitaran haid, berisiko menyebabkan ketumbuhan dan paling membimbangkan adalah kanser jika diambil untuk jangka panjang oleh pengguna.


Uji kualiti keselamatan

BH difahamkan, ujian Kementerian Kesihatan terhadap produk suplemenhanya berkaitankualiti dan keselamatan produk, iaitu menguji kehadiran bahan asing atau pencemaran bahan tertentu.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar,Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, mengakui perkara berkenaan. Beliau berkata, kementerian biasanya melakukan ujian berkaitan bahan pencemar atau bahan asing yang masuk secara sengaja atau tidak ke dalam produk, tetapi tidak menguji sebatian kimia asal yang ada dalam produk itu.

Katanya, kementerian akan menguji sifat fizikal, sterilisasi dan kehadiran bahan cemar, iaitu jumlah keseluruhan bakteria dan kulat, pencemaran bakteria seperti e-Coli, staph aureus, salmonella dan pseudomonas serta pencemaran logam seperti lead’, cadmium’, arsenik dan merkuri, kandungan steroid atau bahan palsu pada produk. “Jika bahan itu tidak dikesan atau dalam kuantiti rendah di bawah paras bahaya, kementerian akan memberi kelulusan untuk produk dipasarkan,” katanya kepada BH.

Bagaimanapun, beliau berkata, produk yang diluluskan itu tidak semestinya selamat digunakan kerana sebatian kimia semula jadi tidak diuji oleh makmal kementerian berkenaan. “Kesan sampingan oleh produk ini juga tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana ia mungkin tersembunyi untuk jangka panjang,” katanya.

Dr Mohd Rushdan yang juga Ahli Medical Mythbusters Malaysia berkata, produk suplemen seperti herba dan jamu boleh memudaratkan kerana ia tidak diuji secara kajian saintifik.

“Mereka hanya tahu produk itu selamat atau tidak dengan melihat kesan ke atas pengguna, seolah-olah pengguna itu bahan uji kaji. “Bayangkan jika pengeluar produk ini mencampur-adukkan pelbagai herba dan ramuan lain di dalamnya, kita tidak tahu jumlah keseluruhan sebatian kimia di dalam produk itu,” katanya.


Kajian saintifik

Beliau yang aktif menulis isu kesihatan di laman Facebook berkata, kaedah terbaik untuk menguji keberkesanan dan keselamatan produk suplemen adalah melalui kajian saintifik yang dimulakan dengan kajian praklinikal.

“Ia termasuk ke atas haiwan sehinggalah ke fasa tiga kajian klinikal yang dilakukan ke atas ramai manusia dan pesakit. Proses ini akan dapat menilai tahap keselamatan dan keberkesanan produk dengan lebih tepat, bukan sahaja kepada pesakit, malah kepada bayi dalam kandungan.

“Kajian klinikal dilakukan terhadap ubat-ubatan moden dalam kategori ubatterkawal seperti untuk penyakit darah tinggi dan diebetes. “Ia dapat menentukan kaedah pemberian ubat, dos selamat dan jangka masa ubat perlu diambil pesakit,” katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/bhbongkar/20 ... n#cxrecs_s






.



User avatar

Topic author
B0N3
Senior Member
Senior Member
Posts: 2420
Joined: Wed May 13, 2015 9:41 am
Status: Offline
Malaysia

#2

Post by B0N3 » Thu Sep 13, 2018 8:21 pm

Rakyat kita taasub ambil suplemen

Image
KAJIAN Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor (kiri) dan pakar perubatan keluarga, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar.








KIRA-KIRA 80 peratus rakyat Malaysia dipercayai mengamalkan pengambilan produk suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional dalam masa tertentu sepanjang hidup mereka.

Kajian Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, juga mendapati kira-kira 84 peratus ibu hamil di negara ini turut mengamal atau biasa mengambil ubat tradisional.

Beliau berkata, antara kesan jangka panjang terhadap kesihatan ibu hamil yang mengambil ubat tradisional adalah ketumbuhan pada ovari, kanser dan prakanser rahim, penyakit buah pinggang, darah tinggi serta penyakit hati.

Secara umum, katanya, kesan sampingan akibat pengambilan produk suplemen adalah banyak termasuk kesan jangka pendek, antaranya alahan seperti kegatalan, sesak nafas dan bengkak.

“Kesan sampingan pengambilan produk suplemen juga pelbagai termasuk berisiko menyebabkan kematian. Saya beberapa kali bertemu kes pesakit amal pengambilan produk jamu dan mendapati mereka ada ketumbuhan ovari, kanser dan prakanser rahim.

“Namun perkara paling saya bimbang adalah kesan jangka panjang yang senyap seperti kerosakan buah pinggang dan hati,” katanya kepada BH.


Kes buah pinggang tinggi

Ketika ini, beliau berkata, kes kegagalan buah pinggang di Malaysia agak tinggitanpa diketahui puncanya, namun dikhuatiri ada kaitan dengan amalan pengambilan produk suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional.

Semalam, BH mendedahkan puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang dihasilkan dan dijual di pasaran, tidak melalui ujian dan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Difahamkan, penghasilan produk itu memerlukan pelbagai sebatian kimia yang mungkin juga mencecah ratusan jenis, namun tidak diuji secara langsung oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kerana dianggap bahan semula jadi.

Dr Mohd Rushdan berkata, ramai rakyat Malaysia ketika ini terlalu percayakan produk suplemen, namun mereka tidak akan memaklumkan kepada doktor sekiranya mengalami masalah kesihatan.

“Harus diakui, pengambilan sebahagian ubat tradisional akan memberi kesan negatif termasuk dalam kes kehamilan. Kita juga bimbang sikap lambat bertemu doktor, malah ada yang tinggalkan terus rawatan moden kerana pengaruh produk suplemen,” katanya.


Banyak insiden bahan tercemar

Sementara itu, pakar perubatan keluarga, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar yang juga aktivis Medical Mythbusters Malaysia, berkata terdapat banyak insiden bahan tercemar (adulteration) dalam produk-produk kesihatan di pasaran ketika ini.

“Contoh paling biasa ditemui adalah campuran steroid, ubat tahan sakit, ubat tenaga batin seperti sildenafil dan juga ubat anti-radang. Campuran bahan terkawal ini berbahaya kerana tiada sukatan dos atau pemantauan.

“Kesan sampingannya pula adalah pelbagai, paling cepat memberi kesan ialah ubat kuat tenaga batin yang ada sildenafil dan tadalafil, malah ada juga campuran bahan terlarang yang ambil masa untuk memberi kesan sampingan, contohnya steroid,” katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/bhbongkar/20 ... n#cxrecs_s






.



Forexmart