[ BERITA TEMPATAN ] Waktu operasi baharu UTC bermula 22 Januari ini

Post Reply
User avatar

Topic author
NakedWife
Site Admin
Site Admin
Posts: 247
Joined: Fri May 01, 2015 11:29 pm
Status: Offline
Australia

[ BERITA TEMPATAN ] Waktu operasi baharu UTC bermula 22 Januari ini

#1

Post by NakedWife » Sat Jan 12, 2019 4:15 pm

Image





KUALA LUMPUR 12 Jan. - Kementerian Kewangan akan melaksanakan waktu operasi baharu Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 22 Januari ini sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga UTC iaitu Shah Alam, Selangor; Keramat. Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan akan beroperasi dari pukul 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 2.45 petang hingga 8 malam pada Jumaat.

Pada Sabtu dan Ahad, ketiga-tiga UTC ini akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi empat UTC lagi iaitu Alor Setar, Kedah; Johor Bahru, Johor; Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu waktu operasi adalah dari pukul 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan dari 8 pagi sehingga 5 petang pada Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, bagi 15 UTC lain yang beroperasi di seluruh negara, waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Kementerian berkata, waktu operasi baharu berkenaan adalah berdasarkan maklum balas orang ramai yang memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10 malam.

“Kementerian telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanakan waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat beli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya,” katanya.

Katanya UTC kekal beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

“Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga,” katanya. – BERNAMA









sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasiona ... z5cMwNLESF






.



Forexmart