[ BERITA TEMPATAN ] Dua lelaki samun kedai farmasi diburu

Post Reply
User avatar

Topic author
NakedWife
Site Admin
Site Admin
Posts: 247
Joined: Fri May 01, 2015 11:29 pm
Status: Offline
Australia

[ BERITA TEMPATAN ] Dua lelaki samun kedai farmasi diburu

#1

Post by NakedWife » Sat Jan 12, 2019 4:24 pm

Image
RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki memakai pakaian serba hitam dan memegang senjata api melakukan samun terhadap sebuah farmasi di Taman Kasih, Simpang Renggam, Kluang, semalam. - UTUSAN ONLINE






KLUANG 12 Jan. - Dua lelaki melakukan samun dengan menggunakan objek dipercayai senjata api ke atas sebuah kedai farmasi di Jalan Kasih 1, Taman Kasih, Simpang Renggam dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sylphy berwarna kelabu sebelum menyamun kedai farmasi terbabit kira-kira pukul 6 petang dengan memakai baju hitam, cermin mata hitam, dan bertopi hitam.

“Suspek meluru masuk ke premis dan seorang daripada mereka mengacukan objek menyerupai senjata api ke arah lima pekerja wanita yang berada dalam kedai terbabit.

“Sementara seorang rakan suspek tidak menggunakan apa-apa senjata terus pergi ke kaunter dan mengambil peti kaunter bayaran sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Abduh berkata, siasatan awal mendapati anggaran kerugian kira-kira RM300 selain kelima-lima pekerja farmasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, polis kini sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) selain kesan cap jari dapat dikesan Unit Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Kita meminta orang ramai menyalurkan maklumat tentang suspek kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Kasturiah Arif di talian 013-3137051 atau hubungi talian hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784222,” katanya. - UTUSAN ONLINE







sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah ... z5cMvNW8wP


Minta buat hebahan kesan ini kenderaan dan saspek kes samun Farmasi Alpro di Simpang Renggam, Kluang jam 1745 hrs. Saspek 2 lelaki Melayu.

Seorang memiliki objek menyerupai senjatapi laras panjang. Pakaian 1org baju merah dan 1 org baju hitam.

Kenderaan digunakan mcm Nissan slphy. Warna coklat muda. Kerugian wang tunai rm300 dan mesin tunai..

Jika ada sebarang maklumat sila hubungi balai polis terdekat.

Image

Image

Image






.



Forexmart