[ BERITA TEMPATAN ] 2 mayat dikerat ditemui di Sungai Buloh

Post Reply
User avatar

Topic author
NakedWife
Site Admin
Site Admin
Posts: 247
Joined: Fri May 01, 2015 11:29 pm
Status: Offline
Australia

[ BERITA TEMPATAN ] 2 mayat dikerat ditemui di Sungai Buloh

#1

Post by NakedWife » Sat Jan 26, 2019 9:03 pm

Image
Image

Image
Penemuan mayat di tepi sungai belakang kawasan perumahan Desa Coalfields di Sungai Buloh. - Ihsan pembaca





SUNGAI BULOH: Dua mayat tidak cukup sifat dengan kesan dikerat ditemui di tepi sungai belakang kawasan perumahan Desa Coalfields di sini petang tadi, dipercayai mangsa pembunuhan.

Mayat seorang lelaki dan seorang wanita itu ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang tadi sebelum melaporkan penemuan itu pada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, ketika dihubungi BH berkata mayat tanpa identiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ.

“Mayat dalam keadaan tidak cukup sifat kerana terdapat beberapa anggota tubuh badan seperti kepala, tangan dan sebahagian kaki sudah tiada.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kita percaya mangsa dibunuh kira-kira dua minggu lalu, ini mungkin antara sebab ada sebahagian anggota badan sudah hilang kerana reput.

“Bagaimanapun, kita turut menemui kesan potong pada bahagian tangan dan kaki selain turut menemui tiga bungkusan plastik hitam berisi tangan dan kaki dipercayai milik mangsa di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi BH, tadi.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2 ... epi-sungai






.



Forexmart